Hanya sekadar coretan peribadi
Diriku insan kecil berasal dari nun jauh di salah sebuah kampung di Semporna, Sabah. Daerah yang penuh dengan drama,aksi, kisah,cerita suka dan duka. Sebut saja masalah PTI, isu sampah, kemiskinan, tahap pendidikan rendah, isu teksi sapuh, serangan lanun dan tidak kurang hebatnya cerita kejayaan anak-anak watan menjadi ahli politik yang berjaya, menjadi penjawat awam peringkat pengurusan kanan, pensyarah dengan tahap pendidikan PHD, usahawan, kontruktor serta tentunya kurniaan tuhan yang tidak ternilai nilainya Pulau Sipadan yang diktiraf sebagai antara pulau tercantik di dunia. Semuanya berada di daerah Semporna. Semporna sempurna??.
Diriku agak bertuah kerana berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sungguhpun dengan keputusan SPM yang kurang memberangsangkan. Seperti rakan-rakan lain diriku akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian sunggupun bukan dalam golongan yang cemerlang(1st class). Yakin kepada kata-kata ini, dimana kita bermula tidaklah penting, apa yang penting adalah pengakhirnya. Kita tidak semestinya bermula dipermulaan, ada yang bermula dipertengahan,ada yang bermula dipermulaan . Saya rasakan diri saya tidak bermula dipermulaan.
Cabaran untuk meneruskan hidup, cabaran untuk mencabar kehidupan, cabaran untuk mencari cabaran. Hidup dengan segulung Ijazah bukan lagi tiket untuk mendapat kerjaya yang diharapkan. Halangannya adalah ribuan graduan yang masih lagi menganggur dengan kepakaran dan kehebatan masing-masing . Seperti rakan-rakan lain aku pernah menganggur, pernah menjadi jurujual, pernah menjadi Planter sebelum dengan kerjaya sekarang yang menuntut diriku untuk berada di KL.
Hidup di KL sudah semestinya penuh dengan cabaran. Apapun aku yakin cabaran itu adalah peluang. Pada pemerhatian diriku terdapat golongan yang baik, ada yang pentingkan diri sendiri, takbur dan sombong dan golongan yang kau,kau,aku,aku. Seperti yang dijangkan itulah manusia. Diriku tetap aku, dengan prinsip hidup, sentiasa berbuat baik kerana balasanya adalah baik.
Cuma apabila ada rakan-rakan bertanya Bila kau datang Malaysia?, aku jadi keliru dan hairan dengan tahap pendidikan, ketamadunan dan ilmu yang tinggi masih adalah lagi insan yang mungkin tidak tahu Sabah itu adalah salah satu negeri dalam persekutuan Malaysia. Ataupun adakah kerana cikgu-cikgu Sejarah tidak mendidik insan-insan terpencil ini, ataupun insan-insan ini beranggapan orang Sabah dan Sarawak itu bukan orang Malaysia. Dan acap kali juga saya mendengar kata-kata malaslah tengok AF penuh dengan orang sabah ja. Apalah salahnya mereka, mungkin mereka berbakat tetapi tidak mempunyai paltform dan AF adalah platform untuk mereka menonjolkan bakat. Apa saja yang melibatkan orang Sabah dan Sarawak seringkali menimbulkan prasangka dan presepsi agak negatif.
Diriku sangat membenci sifat perkauman, asabiyah dan sifat pentingkan diri sendiri. Surat Al-Hujuraat ayat 11 "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemohkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemoh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemoh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
Semoga perasaan cinta dan penerimaan diantara kita ORANG MALAYSIA DAN ORANG SABAH akan menjadikan diriku dan dirimu MANUSIA.
Tanda cintaku kepada keharmonian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan